📢 Penambahbaikan Status Akaun & Deposit Perkongsian
Tarikh Berkuat Kuasa: 25 Julai 2026
Carer yang dihormati,
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman anda bersama Gathercare, kami akan memperkenalkan penambahbaikan kepada mekanisme Status Akaun dan Deposit Perkongsian (Sharing Deposit) yang akan berkuat kuasa mulai 25 Julai 2026.
Tujuan penambahbaikan ini adalah untuk memudahkan pemantauan status akaun serta membantu carer memahami baki deposit perkongsian (Sharing Deposit), keperluan pembayaran, dan kelayakan penyertaan Crowd Share dengan lebih jelas.
💡 Mengapa Penambahbaikan Ini Dilaksanakan?
Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menerima banyak pertanyaan daripada carer berkaitan status akaun, baki deposit perkongsian (Sharing Deposit), dan keperluan deposit top-up.
Antara soalan yang paling kerap ditanya adalah:
“Mengapa jumlah top-up saya RM80 sedangkan Crowd Share bulanan hanya RM50 (umur 6-40 tahun)?”
“Berapakah baki deposit perkongsian saya sekarang? Adakah saya masih layak menerima perlindungan?”
“Saya sukar untuk menyemak rekod pemotongan pembayaran bagi akaun carer saya.”
“Untuk apa bayaran Penalti / bayaran balik itu dikenakan?”
Bagi menangani perkara ini, Gathercare telah memutuskan untuk menambah baik sistem Status Akaun & Deposit Perkongsian (Sharing Deposit) bagi menyediakan aliran status akaun yang lebih jelas, paparan baki deposit perkongsian yang lebih mudah difahami, mekanisme deposit perkongsian yang lebih ringkas, serta pengalaman yang lebih telus untuk semua carer.
Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan ini, definisi status akaun, kelayakan penyertaan Crowd Share, keperluan top-up deposit perkongsian, serta prosedur pengaktifan semula akaun akan dikemas kini dan berbeza daripada sistem sedia ada.
Sila semak maklumat di bawah untuk memahami bagaimana penambahbaikan ini mungkin mempengaruhi keahlian (carer) dan pengurusan akaun anda pada masa akan datang.
Definisi Status Akaun Carer
🟢 Active [Aktif]
Baki Deposit Perkongsian (Sharing Deposit Wallet) berada dalam jumlah Deposit Perkongsian Penuh.
✅ Layak menyertai Crowd Share
✅ Layak menerima perlindungan perubatan dan manfaat program
Contoh Baki Deposit Perkongsian:
• RM100 / RM100 (kumpulan umur 6 - 40 tahun, bukan perokok)
• RM160 / RM160 (kumpulan umur 15 hari – 5 tahun, bukan perokok)
🟡 Pending Top-up [Menunggu Tambah Nilai]
Baki Deposit Perkongsian adalah lebih rendah daripada jumlah Deposit Perkongsian Penuh selepas potongan Crowd Share dibuat.
✅ Layak menyertai Crowd Share
✅ Layak menerima perlindungan perubatan dan manfaat program
Contoh Baki Deposit Perkongsian:
• RM60 / RM100 (kumpulan umur 6 - 40 tahun, bukan perokok)
• RM100 / RM160 (kumpulan umur 15 hari – 5 tahun, bukan perokok)
❗ Tindakan Diperlukan: Tambah nilai baki Deposit Perkongsian sehingga mencapai jumlah Deposit Perkongsian Penuh sebelum kitaran Crowd Share yang seterusnya.
⚠️ Nota: Status Pending Top-up tidak lagi ditentukan berdasarkan baki Deposit Perkongsian yang kurang daripada 50% daripada jumlah Deposit Perkongsian Penuh.
🔵 Frozen [Dibeku]
Gagal melengkapkan tambah nilai Deposit Perkongsian yang diperlukan dan/atau memperbaharui Yuran Tahunan sebelum kitaran Crowd Share yang seterusnya.
❌ Tidak layak menyertai Crowd Share
❌ Perlindungan perubatan dan manfaat program digantung sementara
✅ Tempoh Menunggu selama 30 hari akan dikenakan selepas akaun diaktifkan semula daripada status Frozen
Contoh Baki Deposit Perkongsian:
· RM20 / RM100 (kumpulan umur 6 - 40 tahun, bukan perokok)
· RM30 / RM160 (kumpulan umur 15 hari – 5 tahun, bukan perokok)
❗ Tindakan Diperlukan: Tambah nilai baki Deposit Perkongsian sehingga mencapai jumlah Deposit Perkongsian Penuh dan/atau memperbaharui Yuran Tahunan sebelum kitaran Crowd Share yang seterusnya.
⚠️ Nota: Tiada bayaran Penalti / bayaran balik akan dikenakan kerana akaun telah mengambil bahagian dalam kitaran Crowd Share semasa berada dalam status Pending Top-up.
⚫ Closed [Ditutup]
Baki Deposit Perkongsian yang rendah masih belum diselesaikan dan carer telah terlepas penyertaan Crowd Share dan/atau gagal memperbaharui Yuran Tahunan semasa berada dalam status Frozen.
❌ Perlindungan perubatan dan manfaat program kekal digantung
❌ Penyertaan Crowd Share digantung sehingga akaun diaktifkan semula
❗ Tindakan Diperlukan: Pengaktifan semula akaun Closed memerlukan permohonan tiket sokongan dan tertakluk kepada kelulusan.

Contoh Perjalanan Status Akaun
· Senario 1 (kumpulan umur 6 - 40 tahun, bukan perokok)

· Senario 2 (kumpulan umur 6 - 40 tahun, bukan perokok)

· Senario 3 (kumpulan umur 6 - 40 tahun, bukan perokok)

Terma dan Syarat
Penambahbaikan ini merangkumi semua kumpulan umur dan kategori keahlian. Jumlah Deposit Perkongsian Penuh yang diperlukan akan ditentukan berdasarkan kumpulan umur serta status merokok (perokok atau bukan perokok).

Akaun status Pending Top-up masih layak untuk menyertai Crowd Share.
Pengaktifan semula akaun Frozen hanya memerlukan pemulihan baki Deposit Perkongsian Penuh. Tiada bayaran Penalti / bayaran balik akan dikenakan.
Tempoh Menunggu selama 30 hari akan dikenakan selepas pengaktifan semula akaun Frozen.
Pengaktifan semula akaun Closed akan kekal diproses melalui permohonan tiket sokongan mengikut amalan operasi semasa sehingga proses pengaktifan semula secara sistematik dibangunkan dan dilaksanakan.
Syarat Tempoh Menunggu adalah tertakluk kepada Garis Panduan Program Gathercare yang sedia ada.
Status Pending Annual Fee (Menunggu Yuran Tahunan) adalah tertakluk kepada Garis Panduan Program Gathercare yang sedia ada.
Gathercare berhak untuk menukar atau mengubah suai penambahbaikan ini dan/atau menyemak semula maklumat tersebut.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah saya perlu menambah nilai Deposit Perkongsian selepas setiap potongan Crowd Share?
Ya. Untuk mengekalkan status akaun Aktif, carer perlu menambah nilai baki Deposit Perkongsian kembali kepada jumlah Deposit Perkongsian Penuh selepas setiap potongan Crowd Share. Ini juga membantu carer memantau baki akaun, rekod pembayaran dan keperluan tambah nilai dengan lebih mudah.
2. Adakah akaun Pending Top-up boleh menyertai Crowd Share?
Ya. Akaun berstatus Pending Top-up akan berlayak untuk menyertai Crowd Share.
3. Adakah Bayaran Penalti / bayaran balik masih dikenakan?
Tidak. Akaun Frozen hanya perlu memulihkan baki Deposit Perkongsian kepada jumlah Deposit Perkongsian Penuh yang diperlukan atau/dan memperbaharui Yuran Tahunan untuk mengaktifkan semula akaun.
4. Apa yang berlaku selepas saya mengaktifkan semula akaun Frozen?
Status akaun carer akan kembali kepada Aktif. Walau bagaimanapun, Tempoh Menunggu selama 30 hari akan dikenakan selepas pengaktifan semula.
5. Adakah penambahbaikan ini merangkumi kepada semua ahli?
Ya. Penambahbaikan ini merangkumi kepada semua carer. Jumlah Deposit Perkongsian Penuh yang diperlukan adalah bersamaan dua (2) kali ganda Jumlah Maksimum Perkongsian berdasarkan kumpulan umur dan status merokok yang berkenaan.