Penyedia Perkhidmatan Yang Dipercayai Anda
Pada tahun 2016, seorang gadis berusia 21 tahun dari Singapura telah koma dan dimasukkan ke hospital di Singapura. Dia didiagnosis dengan hepatitis akut, dan ibu bapanya terpaksa menerima kenyataan bahawa anak kesayangan mereka memerlukan pemindahan hati untuk meningkatkan keadaannya.
Keluarga itu dikenakan bil sebanyak RM1.5 juta untuk menjalani prosedur tersebut. Jumlah itu mustahil untuk mereka kumpulkan dalam masa yang singkat. Mereka cuba menjalankan kutipan dana, namun sebelum sempat mengumpul RM300,000 — jumlah minimum untuk deposit — gadis itu meninggal dunia dua minggu kemudian, pada 25 Februari.
Kisah menyayat hati ini telah membuat ramai menitiskan air mata. Mengapa seseorang perlu menderita dan hanya mula mengumpul dana apabila keadaan sudah kritikal? Soalan ini telah benar-benar mengusik hati seorang lelaki bernama Gideon Leong.
Ketika itu, Gideon menyedari bahawa peristiwa seperti ini terlalu menyakitkan untuk berlaku kepada orang lain, dan sesuatu perlu dilakukan. Beliau mula merangka satu pelan dan bersama pengurusnya mengasah konsep tersebut selama tiga tahun sebelum platform perkongsian kos perubatan Life Engineering dilahirkan.
Life Engineering, hasil idea Gideon dan rakan-rakan yang sehaluan, dilancarkan pada Mac 2017 sebagai platform perkongsian beramai-ramai yang sebenar. Penjenamaan semula dilakukan pada tahun 2020, menjadikan Life Engineering kepada Gathercare. Gathercare bertujuan untuk memperkukuh komuniti agar dapat meleraikan ikatan antara kesihatan dan kewangan.
Konsep perkongsian bersama orang ramai adalah satu bentuk ekonomi baru. Sejak zaman kuno, semangat membantu satu sama lain dianggap sebagai nilai murni tanpa mengira puak.
Hari ini, Gathercare menggunakan bantuan teknologi dan model perniagaan kreatif di dalam rangkuman undang-undang, kami membentuk platform yang terbaik untuk membantu satu sama lain. Setiap Carer dalam Komuniti Gathercare telah berjanji untuk menyumbang sehingga RM50* sebulan (*berdasarkan kumpulan umur 6 tahun hingga 40 tahun) untuk membantu mereka yang memerlukan.
Kami berkembang hingga ke hari ini dengan kepercayaan dan keyakinan yang dibina daripada pelanggan yang gembira dan kerjasama daripada rakan-rakan kongsi.
Gathercare bermula sebagai Life Engineering pada tahun 2017, dan kemudiannya dijenamakan semula kepada Gathercare pada tahun 2020. Sejak penubuhannya, ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi skim insurans atau pelan kad perubatan, sebaliknya ia adalah untuk memudahkan Perkongsian Bersama bil perubatan ahli komuniti.
Pada bulan Mei, hanya dua bulan selepas pelancarannya, Life Engineering telah dimasukkan ke Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM kerana pada masa itu, konsepnya dianggap terlalu radikal dan berpotensi mengancam industri perlindungan perubatan.
Life Engineering telah menyerahkan dokumen mereka setiap bulan untuk diteliti oleh BNM. Akhirnya pada Januari 2018, Life Engineering telah dikeluarkan daripada senarai amaran apabila BNM menyedari bahawa program ini tidak melanggar sebarang garis panduan untuk produk insurans dan takaful kerana ia tidak termasuk dalam kategori tersebut.
Life Engineering telah bekerjasama dengan Afsha Shariah Advisory, badan pematuhan shariah untuk mengaudit setiap aspek program mengikut garis panduan pematuhan shariah. Pada Januari, program itu telah menerima Sijil Pematuhan Shariah, dan sejak itu sentiasa diawasi untuk mengekalkan pematuhan.
Sambutan dalam negara pada permulaanya agak perlahan. Orang awam mengambil langkah berhati-hati dengan berita yang masih berlarutan mengenai senarai amaran BNM tersebut. Pada Jun 2019, kertas cadangan Life Engineering telah dihantar kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk menilai penerimaan di luar negara.
Pada bulan September, jumlah penyertaan Carers meningkat dari 3 digit ke 4 digit.
Untuk memperkembangkan komuniti, sistem ejen diperkenalkan untuk memperkenalkan Gathercare kepada orang ramai.
Pada bulan Disember, Gathercare telah dipilih sebagai nama baru untuk penjenamaan semula dari Life Engineering. Kerana banyak sebab, antaranya adalah untuk menghidupkan semula misi asas program. Pada masa yang sama, kumpulan umur yang menyertai telah diperluaskan untuk termasuk mereka yang berumur 41-45 tahun.
Setelah banyak perbincangan, dokumentasi pendapat undang-undang dan membuka kertas cadangan kepada Penguasa Kewangan Singapura, dan juga beberapa kelewatan disebabkan oleh pandemik Covid, akhirnya pada Disember 2021 Gathercare kini mempunyai pejabat cawangan di Singapura.
Pada 15 Mac 2022, Gathercare merayakan ulang tahun ke-5 dan secara kebetulan, kami juga menyambut ahli ke-5000 kami ke dalam komuniti.
Bank Negara Malaysia telah menerbitkan dokumen perbincangan Operasi Insurans Takaful Digital. Ini adalah satu peluang untuk Gathercare untuk menyertai DITO yang akan datang, untuk berfungsi di bawah rangka kerja yang sepenuhnya dikawal selia.