Polisi Pembaharuan, Pembatalan dan Pemulangan Semula

Kami akan mengenakan caj atau mendebit bayaran anda seperti dinyatakan dalam Garis Panduan Program pada permulaan penyertaan anda. Apabila kami memperbaharui penyertaan anda, kami akan menggunakan kaedah bayaran yang sama yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika akaun kad kredit atau debit anda telah ditutup atau tidak sah, kami akan memaklumkan anda melalui mesej dalam aplikasi dan SMS untuk mengemaskini kaedah pembayaran anda dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendebit bayaran. Status penyertaan anda akan ditetapkan kepada "tangguh" selama 24 jam selepas notis dihantar, namun anda masih menikmati hak sebagai peserta GatherCare.

Jika selepas tempoh 24 jam bayaran masih gagal dikutip, status penyertaan anda akan berubah kepada "digantung". Anda tidak lagi layak untuk berkongsi kos perubatan dan menikmati faedah lain. Walau bagaimanapun, anda masih bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran dan status anda akan dikembalikan kepada "aktif" setelah bayaran diterima.

Setelah 30 hari dari tarikh notifikasi di atas, penyertaan anda akan ditamatkan sekiranya pembayaran tidak disempurnakan.

Untuk mengemaskini kaedah pembayaran anda, klik ikon “Pembayaran” di bahagian bawah skrin aplikasi dan ikuti arahan yang dipaparkan.

Kecuali anda membatalkan penyertaan mengikut Klausa 2 atau penyertaan ditamatkan, kami akan memperbaharui penyertaan anda secara automatik jika bayaran telah dibuat.

1. DASAR PENARIKAN DIRI & PEMULANGAN BAYARAN

Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa melalui butang penarikan dalam aplikasi. Selepas pengesahan, anda masih bertanggungjawab atas perkongsian kos bulan semasa. Baki kredit yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan dan kami berhak menggunakannya untuk menampung kos perubatan dan operasi.

2. DASAR PENAMATAN KEAHLIAN & PEMULANGAN BAYARAN

Jika penyertaan ahli ditamatkan atas sebarang sebab, anda tetap bertanggungjawab atas kos perkongsian bulan semasa. Tiada pemulangan untuk baki kredit yang tidak digunakan.

3. PENGUBAHSUAIAN

Dipersetujui bahawa kami boleh mengubah suai atau meminda dasar ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan berkuat kuasa apabila disiarkan dalam aplikasi atau dimaklumkan kepada anda, dan anda dianggap menerima jika terus menggunakan aplikasi.

4. MAKLUMAT PEMBAYARAN

Dengan memberikan maklumat pembayaran, anda bersetuju maklumat tersebut sah dan milik anda atau anda diberi kuasa untuk menggunakannya. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian dan tuntutan akibat penggunaan tidak sah.

5. TANGGUNGJAWAB

Kami berusaha memastikan perkhidmatan kami selamat, tetapi tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian kewangan akibat isu teknikal, penggodaman, atau akses tanpa kebenaran.

6. AKTIVITI AKAUN TANPA KEBENARAN

Jika anda percaya terdapat isu teknikal, gangguan pihak ketiga atau akses tidak sah, hubungi kami segera. Tuntutan pemulangan mesti dibuat dalam masa 3 bulan dari tarikh potongan. Kami akan menyiasat dan membuat keputusan muktamad berdasarkan hasil siasatan.

7. PENGURUSAN DAN PERLINDUNGAN AKAUN MY-WALLET

Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan maklumat keselamatan My-Wallet anda termasuk kata laluan, PIN dan lain-lain. Akaun ini hanya untuk kegunaan peribadi dan mata ganjaran tidak boleh dipindah milik. Laporkan sebarang kehilangan atau salah guna kepada kami dengan segera.