
đĸ Makluman! Kemas Kini Sistem Pembayaran
Sukacita dimaklumkan mengenai kemas kini penting berkaitan sistem pembayaran kami yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2025. Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik proses dalaman dan memastikan kecekapan dalam pengendalian pembayaran.
â Penamatan Perkhidmatan Pembayaran FPX dan GrabPay
Setelah penilaian yang teliti, kami telah memutuskan untuk menamatkan penggunaan kaedah pembayaran FPX dan GrabPay. Keputusan ini dibuat berikutan cabaran dalam menjejaki transaksi melalui sistem, yang telah menjejaskan kecekapan operasi. Selain itu, kami juga menerima maklum balas daripada applicants yang mengalami kekeliruan semasa proses tokenisasi apabila menggunakan kaedah pembayaran ini. Oleh itu, FPX dan GrabPay akan dinyahaktifkan buat sementara waktu bermula pada tarikh berkuat kuasa yang dinyatakan di atas.
â Auto-debit Kini Diwajibkan
Pembayaran secara auto-debit melalui kad kekal sebagai kaedah pembayaran wajib bagi semua transaksi di platform kami. Untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan, sila pastikan maklumat kad anda adalah terkini. Pembayaran auto-debit melalui kad menawarkan beberapa kelebihan seperti:
- Kemudahan Bil Berulang Secara Automatik â Tiada lagi pembayaran secara manual.
- Mengelakkan Pembayaran Tertunggak â Pastikan bil dibayar tepat pada masanya.
- Akses Berterusan kepada Perkhidmatan â Jaminan perlindungan tanpa gangguan dari platform kami.
- Kecekapan Operasi â Mengurangkan proses manual, meminimakan kesilapan pembayaran dan beban pentadbiran.
Kami percaya struktur pembayaran yang dikemaskini ini akan membantu melancarkan operasi dan mengurangkan kekeliruan, terutamanya semasa proses tokenisasi.
Terima kasih atas kefahaman dan sokongan anda yang berterusan.