
Gathercare 8 Tahun: Raikan Perjalanan, Lindungi Masa Depan
Pada 19 Mac 2025, Gathercare telah meraikan ulang tahun ke-8 penubuhannya di Connexion Conference & Event Centre, Nexus Bangsar. Ia bukan sekadar majlis sambutan, tetapi turut menjadi penghargaan kepada perjalanan jauh yang telah ditempuhi serta harapan untuk masa depan. Majlis tersebut dihadiri lebih daripada 70 tetamu, termasuk pekerja Gathercare, rakan kongsi dan para carer yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan Gathercare selama ini.
Senyuman yang menghubungkan kita semua
Mengimbau Perjalanan, Membentuk Masa Depan
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengasas dan CEO Gathercare, Encik Gideon Leong. Beliau berkongsi bagaimana pada tahun 2020, Gathercare telah melalui proses penjenamaan semula untuk menjadi lebih daripada sekadar platform perubatan. Ia berkembang menjadi sebuah komuniti yang saling membantu, tempat di mana ahli menyokong satu sama lain ketika berdepan dengan keperluan perubatan, tanpa perlu menunggu sehingga krisis melanda.
Encik Gideon turut berkongsi perancangan masa depan Gathercare untuk berkembang menjadi satu system perubatan menyeluruh dengan kos mampu milik. Visi utamanya adalah untuk memecahkan tanggapan bahawa “kesihatan bersamaan dengan wang” serta memastikan rawatan perubatan dapat diakses oleh semua orang yang membolehkan masyarakat menjaga kesihatan lebih awal tanpa terbeban kos rawatan yang tinggi.
Ucapan penuh inspirasi daripada CEO kami, Encik Gideon Leong
Dua Laluan, Satu Masa Depan yang Kukuh
Antara detik paling penting pada hari itu adalah majlis menandatangani perjanjian kerjasama rasmi antara Gathercare dan Basel Medical Group, Singapura.
Kumpulan CEO Basel Medical, Encik Raymond Cheung, berkongsi visi bersama dengan Gathercare iaitu membina system penjagaan kesihatan yang lebih baik di Malaysia, Singapura dan di seluruh Asia Tenggara. Beliau menekankan bahawa penjagaan kesihatan bukan sekadar merawat penyakit, tetapi lebih kepada membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat melalui komuniti yang kuat, teknologi yang lebih baik dan tanggungjawab besama.
Dengan kerjasama ini, Gathercare dan Basel Medical berhasrat untuk menutup jurang dalam penjagaan perubatan, meningkatkan akses, dan memberi lebih kawalan kepada individu terhadap kesihatan mereka.
Kumpulan CEO Basel Medical, Encik Raymond Cheung berkongsi visi untuk komuniti yang lebih sihat
Perjanjian MOU menandakan permulaan kerjasama yang lebih kukuh
Tanda persahabatan, kepercayaan dan kerjasama yang kukuh
Merealisasikan Impian Besar
Kerjasama ini bukan hanya sekadar kata-kata. Basel Medical Group, yang baru-baru ini disenaraikan di NASDAQ, bakal menjadi pelabur utama dalam Gathercare.
Bersama, kedua-dua syarikat merancang untuk mengembangkan operasi ke Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Hasratnya adalah memastikan perkhidmatan Gathercare yang berkualiti dapat ditawarkan ke lebih banyak lokasi.
Komited kepada Komuniti dan Alam Sekitar
Majlis ini turut menampilkan ucapan daripada Ketua Pegawai Basel Medical Group, Encik Vincent Teo, dan Ketua Pegawai Teknologi Gathercare, Encik Ocean Chuah. Mereka menyatakan keterujaan terhadap kerjasama ini serta peluang besar yang bakal terhasil.
Gathercare mahupun Basel Medical, berkongsi komitmen yang sama terhadap perniagaan bertanggungjawab dengan menyokong komuniti serta memastikan keadilan dan etika dalam penjagaan kesihatan.
Dengan pengurangan sisa perubatan, dan penawaran penjagaan kesihatan mampu milik, mereka berhasrat untuk memberi manfaat bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada seluruh komuniti.
Langkah ke arah masa depan kesihatan yang lebih baik, dikongsi oleh Encik Vincent Teo
Hari yang Bermakna, Masa Depan yang Menginspirasikan
Selepas lapan tahun, Gathercare telah menjadi nama yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan. Namun, ini hanyalah permulaan.
Dengan rakan kongsi yang kukuh, idea yang berani dan komuniti carer yang semakin berkembang, Gathercare kini bersedia melangkah ke peringkat seterusnya – membina sistem penjagaan kesihatan yang mampu milik dan berteraskan sokongan komuniti.
Bukti kegembiraan yang dikongsi bersama
Akhir sekali, kepada semua yang telah menyokong kami, dari lubuk hati kami ingin mengucapkan terima kasih!