🎉 Tawaran Penghargaan Ulang Tahun ke-9 Gathercare – Carer Sedia Ada
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kepercayaan anda yang berterusan terhadap Gathercare, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Promosi Penghargaan Ulang Tahun ke-9 🎁 Ini adalah peluang terakhir anda untuk menikmati penjimatan jangka panjang!
Tawaran ini terbuka kepada semua carer aktif yang layak!
🔥 Terhad kepada 500 ahli sahaja – Rebut sekarang! Bila habis, memang habis! 🔥
Akaun Carer yang telah didaftarkan sebelum 5 April 2026, 00:00 (MYT) (sebelum promosi bermula) akan dikategorikan sebagai Carer sedia ada.
✨ Bagaimana Ia Berfungsi?
1. Pastikan akaun carer anda berada dalam status AKTIF dan tiada tunggakan bayaran.
❗Nota: Jika akaun anda berada dalam status pending annual fee, pending top-up, dibekukan (frozen), atau ditutup/ditamatkan (closed/terminated), sila aktifkan semula akaun untuk layak menyertai promosi ini.
2. Sepanjang tempoh promosi, buat bayaran awal yuran tahunan seterusnya untuk mengunci kelayakan anda.
• Dari tahun ke-3 hingga tahun ke-6, nikmati yuran tahunan diskaun sebanyak RM150 setahun.
❗Nota: Jangan risau - jika anda sedang membayar kurang daripada RM150, kadar sedia ada anda akan dikekalkan.
• Bermula tahun ke-7 dan seterusnya, yuran tahunan anda adalah PERCUMA seumur hidup!
*Untuk tujuan rujukan sahaja
*Jadual harga akhir untuk setiap carer akan dipaparkan mengikut pelan mereka.
📝 Cara Sertai
1. Pergi ke bahagian “Akaun” dan klik “Urus Carer”.
2. Pilih akaun carer dan klik “Grab Now”.
❗Nota: Bagi pembayaran secara ansuran (split payment), pilihan “Grab Now” hanya akan tersedia selepas bayaran penuh diselesaikan.
3. Buat bayaran awal untuk yuran tahunan seterusnya.
4. Selesai! Anda telah berjaya mendapatkan promosi ini 🎉
⚠️ Nota Penting untuk Perujuk (Referrer)
Sekiranya carer menyertai promosi ini, perujuk tidak akan menerima ganjaran berikut:
- Subsidi 10%
Walau bagaimanapun, perujuk masih akan menerima yuran rujukan sehingga tahun ke-6:
- Tahun pertama hingga ke-6: RM50 setahun
- Tahun ke-7 dan seterusnya: RM30 setahun
💬 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Rasmi Gathercare di +60122576619.
Terma & Syarat
• Yuran tahunan akan dikenakan mengikut jadual harga yang ditetapkan untuk 6 tahun pertama. Bermula tahun ke-7, yuran tahunan akan dikecualikan seumur hidup.
• Sekiranya berlaku penamatan awal atau penutupan akaun, semua bayaran yang telah dibuat (termasuk bayaran awal) adalah tidak boleh dipulangkan.
• Promosi ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau manfaat lain.
• Manfaat naik taraf hanya sah selepas pembayaran penuh yuran semasa dan bayaran awal diselesaikan. Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan kelayakan promosi terbatal.
• Jika keahlian ditamatkan, luput atau digantung, manfaat promosi boleh ditarik balik dan tidak akan dipulihkan.
• Promosi ini hanya melibatkan pelarasan yuran tahunan dan tidak menjejaskan manfaat serta perlindungan perubatan sedia ada.
• Setelah akaun applicant telah berjaya didaftarkan, status kod rujukan (sama ada kod dimasukkan atau tidak [kosong]) adalah tetap dan tidak boleh dipinda, ditambah, atau diubah pada bila-bila masa.
• Gathercare berhak untuk mengubah, meminda atau menarik balik promosi serta terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
• Gathercare berhak menolak atau membatalkan penyertaan sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan, penipuan atau penyalahgunaan.