Image

Program Rujukan Carer Get Carer 2.0 Akan Datang!

Program Rujukan Carer Get Carer 2.0 direka dengan satu matlamat yang ikhlas — untuk membawa perlindungan perubatan yang mampu milik kepada setiap individu dengan lebih mudah. 🩵

Tukar pengaruh anda kepada ganjaran bermakna tanpa sebarang pelaburan, hanya dengan menekan butang “kongsi”.

Berbeza dengan sistem ejen konvensional, program ini tidak memerlukan komitmen masa yang besar atau jualan dari pintu ke pintu. Anda hanya perlu berkongsi kod rujukan peribadi dan maklumat Gathercare kepada mereka yang memerlukannya, melalui mana-mana platform.

Kami faham bahawa penerangan tentang perlindungan perubatan boleh menjadi rumit. Oleh itu, Gathercare akan menguruskan bahagian utama tersebut. Kami akan menyediakan semua bahan dan penerangan yang diperlukan untuk membantu Carer Baharu dalam proses pendaftaran. Anda hanya perlu berkongsi — kami akan uruskan selebihnya!

Rujuk dalam beberapa minit tanpa sebarang tekanan. Selain perlindungan perubatan yang sedia ada, anda juga boleh memperolehi ganjaran rujukan tambahan dengan mudah 👇

1️⃣ Yuran Rujukan (Referral Fee)

Peroleh ganjaran bagi setiap Carer Baharu yang berjaya dirujuk.

💵 Tahun Pertama: MYR 100

💵 Tahun Kedua dan Seterusnya: MYR 50 setahun (Ganjaran Rujukan Berulang)


2️⃣ Ganjaran Rujukan Peribadi (Personal Referral Extra Bonus)

Tingkatkan ganjaran anda dengan mencapai sasaran rujukan! Capai setiap peringkat untuk menikmati bonus yang ditetapkan.


3️⃣ 10% Subsidi (10% Subsidy)

Selain yuran rujukan dan bonus, perujuk juga akan menerima subsidi 10% daripada pendapatan yuran rujukan yang dijana oleh Carer Langsung mereka.

(Perhatian: Ini tidak termasuk sebarang Ganjaran Rujukan Peribadi yang diperolehi langsung oleh Carer tersebut.)


Cara Program Ini Berfungsi

  1. Jemputan Ringkas: Kongsi kod rujukan dan maklumat anda dengan hanya satu klik untuk menjemput rakan anda.
  2. Rujukan Sah: Rujukan dianggap berjaya apabila rakan anda menambah Carer Aktif menggunakan kod rujukan anda dan melengkapkan proses pembayaran.
  3. Bayaran Bulanan: Semua ganjaran berkaitan akan dibayar ke akaun bank berdaftar anda pada bulan berikutnya selepas setiap rujukan yang sah.


Terma & Syarat

1. Rujukan hanya dianggap sah apabila Penerima Rujukan mendaftar menggunakan kod rujukan Perujuk sahaja yang berjaya menambah Carer Aktif Baharu dan melengkapkan pembayaran.

2. Setiap Penerima Rujukan akan kekal di bawah Perujuk Utama mereka secara kekal, walaupun akaun pernah ditamatkan, didaftarkan semula, atau belum menambah sebarang Carer.

3. Penerima Rujukan mestilah Carer baharu yang tidak pernah mendaftar dengan Gathercare. Bagi pengguna yang pernah mendaftar tetapi menutup akaun:

  • Ditutup sebelum 1 Januari 2026: Pengguna yang mendaftar semula akan diiktiraf sebagai Pengguna Baharu dan layak menerima Yuran Rujukan Tahun Pertama serta Bonus Tambahan Rujukan Peribadi.
  • Ditutup selepas 1 Januari 2026: Pengguna yang mendaftar semula akan kekal di bawah Perujuk Utama asal dan hanya layak menerima Ganjaran Rujukan Berulang MYR 50. Perujuk tidak layak menerima Yuran Rujukan Tahun Pertama dan Bonus Tambahan Rujukan Peribadi.

4. Perujuk hanya dibenarkan menggunakan hantaran rasmi Gathercare atau kandungan pemasaran awam untuk tujuan promosi.

5. Semua ganjaran diproses secara bulanan dan akan dibayar pada bulan berikutnya ke akaun bank yang sah. Ganjaran Rujukan Berulang hanya akan diproses selepas Carer yang dirujuk berjaya membuat pembayaran yuran tahunan, dan akan dibayar pada bulan berikutnya. Gathercare tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat maklumat akaun bank yang tidak tepat, tidak sah atau gagal.

6. Sekiranya akaun Perujuk Utama atau Penerima Rujukan ditutup, kelayakan untuk menerima ganjaran akan dibatalkan dan semua bayaran akan datang akan dilucutkan.

7. Semua maklumat rujukan yang sah, termasuk pencapaian penting dan status permohonan akaun, akan dipaparkan dengan paparan kemajuan yang jelas.

8. Gathercare berhak untuk mengubah, menggantung atau menamatkan program rujukan ini serta terma-terma berkaitan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

9. Gathercare berhak membatalkan kelayakan peserta dan menarik balik semua ganjaran sekiranya berlakunya sebarang tingkah laku penipuan, tidak normal atau mencurigakan.

10. Sebarang penyalahgunaan nama, logo atau elemen jenama Gathercare adalah dilarang sama sekali.


---

Soalan Lazim (FAQ)

1️⃣ Bagaimana saya boleh menyertai Program Carer Get Carer 2.0?

Dengan akaun Carer Aktif yang sah, anda layak untuk menyertai dan memperoleh ganjaran tersebut.


2️⃣ Adakah saya perlu meluangkan banyak masa seperti ejen konvensional?

Tidak. Ini bukan sistem ejen. Anda hanya perlu berkongsi kod rujukan dan maklumat anda dengan satu klik — Gathercare akan menguruskan selebihnya.


3️⃣ Apakah yang dikira sebagai “Rujukan Sah”?

Rujukan dianggap sah apabila rakan anda mendaftar menggunakan kod rujukan anda, menambah Carer Aktif ke akaun mereka, dan melengkapkan pembayaran yang diperlukan.


4️⃣ Bilakah saya akan menerima ganjaran?

referSemua ganjaran diproses secara bulanan dan dibayar pada bulan berikutnya ke akaun bank yang sah.


5️⃣ Di mana saya boleh tahu kemajuan saya?

Anda boleh melihat semua rekod, status rujukan dan kemas kini ganjaran melalui  Rujukan di Dashboard, yang memaparkan penunjuk kemajuan secara visual dan jelas.