Image

📣 Program “Carer Get Carer”

Kita Kongsi Bersama, Kita Prihatin Bersama!

Di Gathercare, kami yakin bahawa pengalaman sebenar boleh mencipta hubungan yang jujur. Apabila anda berkongsi perjalanan anda dengan orang tersayang dan yang anda percayai, anda sebenarnya membantu mereka memilih laluan perlindungan kesihatan yang lebih selamat dan boleh dipercayai.

Lindungi orang tersayang, keluarga dan rakan-rakan anda dengan perlindungan perubatan Gathercare, sama seperti yang anda miliki sekarang, dan nikmati ganjaran tunai RM50!

Manfaat untuk komuniti dan anda sebagai Carer:

  • Yuran Kongsi Kos Percuma 1 Bulan: Gunakan ganjaran RM50 anda untuk menampung yuran kongsi kos bulanan yang seterusnya atau simpan sebagai tunai!
  • Yuran Kongsi Kos Lebih Rendah Untuk Semua: Lebih ramai carer, lebih rendah kos perkongsian bulanan kita!

Dengan sokongan anda, kita boleh mengalu-alukan lebih ramai carer yang prihatin dan empati ke dalam komuniti Gathercare.

Jom terus berkongsi, menyokong, dan berkembang bersama. 🌱


Cara Menyertai Program Ini:

  1. Dapatkan Pautan Rujukan Anda: Log masuk ke aplikasi Gathercare, pergi ke Rewards > Referral dan salin pautan rujukan peribadi anda.
  2. Kongsi Pautan Rujukan + Pengalaman Anda di Gathercare: Terangkan kepada rakan, ahli keluarga atau kenalan anda tentang pengalaman sebenar anda dengan plan perubatan Gathercare — apa yang anda hargai dan bagaimana ia membantu anda.
  3. Berjaya Mendaftar sebagai Carer Aktif: Tak perlu risau nak terangkan semua butiran. Gathercare akan bantu dan terangkan segalanya dalam aplikasi – termasuk cara program berfungsi, faedah, harga, aliran kemasukan dan lain-lain.
  4. Terima Ganjaran Tunai RM50: Sebaik sahaja rakan anda menjadi carer yang aktif, anda akan menerima ganjaran tunai RM50!


Terma & Syarat:

  • Program ini hanya terbuka kepada pemohon (applicant) dengan sekurang-kurangnya SATU (1) akaun Carer berdaftar di Gathercare. Pemohon (Applicant) tanpa profil carer tidak layak menyertai.
  • Rujukan “Carer Get Carer” mesti dibuat melalui pautan rujukan peribadi anda yang mengandungi kod rujukan unik untuk diiktiraf sebagai sah.
  • Ganjaran tunai RM50 hanya akan diberikan selepas carer yang dirujuk lengkap mendaftar dan menjadi carer aktif.
  • Carer aktif ditakrifkan sebagai pengguna yang telah melengkapkan proses pendaftaran, membuat bayaran penuh, dan menyertai sumbangan bulanan kongsi kos.
  • Setiap rujukan berjaya berhak menerima satu kali ganjaran RM50, yang akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja selepas carer yang dirujuk menjadi aktif, dan dikreditkan ke akaun bank berdaftar dalam profil pemohon.
  • Tiada had untuk bilangan orang yang anda boleh jemput – lebih ramai, lebih meriah!
  • Gathercare berhak untuk mengubah, menggantung, atau menamatkan program "Carer Get Carer" pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  • Sebarang penyalahgunaan program ini termasuk pendaftaran palsu atau penipuan boleh menyebabkan pembatalan ganjaran dan kemungkinan penggantungan hak rujukan.