Image

Tempoh Percubaan 30 Hari Kini Tersedia untuk Semua Carer Baharu

Gathercare memperkenalkan Tempoh Percubaan 30 Hari untuk semua proses penyertaan Carer baharu mulai 1 Oktober 2026.

 

Apakah manfaat yang anda boleh nikmati melalui tempoh percubaan ini?

✨ Perlindungan Perubatan Kemalangan RM20,000 dari Hari Pertama

✨ Dikecualikan daripada Kitaran Crowd Share Pertama sepanjang Tempoh Percubaan

✨ Bayaran Balik Penuh Deposit Perkongsian jika pembatalan dalam tempoh percubaan

 

Cuba dan Kenali Gathercare Tanpa Risiko!

Sekiranya Carer baharu merasakan Gathercare tidak sesuai untuk mereka, pembatalan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh percubaan. Sharing Deposit akan dikembalikan sepenuhnya, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.

 

Bagaimana Ia Berfungsi?

  1. Sertai Gathercare dan lengkapkan bayaran penuh Deposit Perkongsian yang diperlukan untuk mengaktifkan status Carer “Trial Active”.

  2. Sepanjang tempoh percubaan 30 hari, anda akan menerima maklumat mengenai Gathercare melalui aplikasi untuk membantu anda memahami manfaat Gathercare serta bagaimana komuniti kami saling membantu antara satu sama lain.

  3. Sahkan penyertaan anda dalam tempoh percubaan 30 hari untuk mengekalkan kelayakan.

    • Sebelum tempoh percubaan 30 hari tamat:

      1. Teruskan (Continue) → Keahlian diteruskan sebagai “Active Carer” dan Yuran Tahunan RM360 perlu dibayar.

      2. Batalkan (Cancel) → Sharing Deposit akan dikembalikan sepenuhnya, tidak termasuk yuran transaksi yang telah dibayar.

      3. Tiada tindakan selepas tempoh percubaan 30 hari berakhir → Keahlian akan diteruskan secara automatik dan Yuran Tahunan RM360 perlu dibayar.

  4. Lengkapkan bayaran penuh Yuran Tahunan RM360 yang diperlukan untuk meneruskan keahlian.

  5. Selepas berjaya menjadi Carer berstatus “Active”, anda boleh menikmati manfaat yang berkenaan.

✅ Perlindungan Perubatan sehingga RM2,000,000 setahun (tertakluk kepada tempoh menunggu)

✅ Rawatan Kanser Pesakit Luar sehingga RM300,000 setahun (tertakluk kepada tempoh menunggu)

✅ Bayaran Khairat Kematian RM5,000 + Bayaran Balik Penuh 100% (Yuran Tahunan dan Kos Perkongsian yang telah disumbangkan)

✅ Ketahui pelbagai manfaat lain yang tersedia di bawah Garis Panduan Program, tertakluk kepada tempoh menunggu yang berkenaan

 

💬 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Rasmi Gathercare di +6012-257 6619.

 

Terma & Syarat

  • Pengaturan tempoh percubaan ini adalah untuk semua Carer baharu yang layak dan menyertai Gathercare mulai 1 Oktober 2026 dan seterusnya.

  • Semasa pendaftaran, Trial Carer perlu membuat bayaran penuh Deposit Perkongsian sebagai bayaran pertama. Tiada Yuran Tahunan dikenakan sepanjang tempoh percubaan 30 hari.

  • Carer dalam tempoh percubaan tidak perlu menyertai Crowd Share pada bulan pertama. Penyertaan Crowd Share akan bermula pada bulan kedua selepas Carer melengkapkan tempoh percubaan 30 hari dan berjaya meneruskan keahlian.

  • Tempoh percubaan 30 hari dikira sebagai sebahagian daripada tempoh menunggu yang berkenaan. Tempoh menunggu akan terus dikira dan tidak akan bermula semula apabila Trial Carer meneruskan keahlian sebagai Active Carer.

  • Bayaran Yuran Tahunan diperlukan selepas pengesahan dibuat untuk meneruskan keahlian sebagai “Active Carer”. Bagi pilihan bayaran secara ansuran, baki bayaran hendaklah dibuat mengikut jadual pembayaran yang berkenaan.

  • Manfaat keahlian penuh akan berkuat kuasa selepas Trial Carer berjaya melengkapkan tempoh percubaan dan membuat bayaran Yuran Tahunan untuk meneruskan keahlian sebagai “Active Carer”, tertakluk kepada tempoh menunggu yang berkenaan dan Garis Panduan Program.

  • Keahlian akan diteruskan secara automatik selepas tempoh percubaan berakhir sekiranya tiada permohonan pembatalan dibuat.

  • Sekiranya Trial Carer membatalkan keahlian dalam tempoh percubaan, Deposit Perkongsian penuh yang dibayar semasa pendaftaran akan dikembalikan. Sebarang yuran transaksi yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

  • Sekiranya keahlian ditamatkan, luput atau digantung, manfaat boleh ditarik balik dan tidak akan diberikan semula.

  • Selepas akaun applicant berjaya diwujudkan, status kod rujukan (sama ada kod rujukan diberikan atau tidak) adalah muktamad dan tidak boleh dipinda, ditambah atau diubah.

  • Ganjaran rujukan tidak akan diberikan semasa pendaftaran dan hanya akan diproses selepas Carer yang dirujuk berjaya melengkapkan tempoh percubaan 30 hari, mengesahkan untuk meneruskan keahlian serta memenuhi semua syarat kelayakan yang berkenaan.

  • Semua ganjaran akan diproses secara bulanan dan dibayar pada bulan berikutnya ke akaun bank yang sah. Ganjaran Rujukan Berulang hanya akan diproses selepas Carer yang dirujuk berjaya membuat bayaran Yuran Tahunan dan akan dibayar pada bulan berikutnya. Gathercare tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang berpunca daripada maklumat akaun bank yang salah atau tidak sah, atau kegagalan transaksi ke akaun bank yang diberikan.

  • Bagi sebarang pembatalan, penamatan atau penutupan akaun selepas tempoh percubaan, semua yuran yang telah dibayar atau dibayar terlebih dahulu adalah tidak boleh dikembalikan.

  • Gathercare berhak untuk meminda, menggantung atau menamatkan tempoh percubaan ini tanpa notis terlebih dahulu.