About Us

Kisah Sebalik Penubuhan Gathercare

Insiden

Pada tahun 2016, seorang gadis berusia 21 tahun dari Singapura jatuh koma dan dirawat di hospital Singapura. Beliau didiagnosis dengan hepatitis akut, ibu bapa mereka terpaksa menerima realiti bahawa anak yang disayangi mereka memerlukan pembedahan pemindahan hati untuk memulihkan keadaannya.

Kisah yang berakhir dengan kematian

Prosedur tersebut memerlukan belanja sebanyak RM1.5 juta. Satu jumlah yang sangat tinggi bagi sebuah keluarga biasa dan mereka tidak dapat penuhi dalam waktu singkat. Mereka mencari sumber derma, tetapi sebelum mereka dapat mengumpulkan RM300k yang hanya cukup untuk deposit, gadis itu sebenarnya sudah pun diatur untuk bertemu dengan Penciptanya 2 minggu kemudian pada tanggal 25 Februari.

Sesuatu untuk direnungkan

Cerita yang menyayat hati ini mampu menitiskan air mata sesiapa sahaja. Mengapa nyawa harus melayang kerana kekurangan wang? Bagaimana jika beliau datand dari keluarga yang kaya? Mungkinkan nyawanya dapat diselamatkan? Pertanyaan ini adalah kecurigaan seorang lelaki bernama Gideon Leong.

Cetusan Idea

Berikutan dari kisah itu, Gideon, pengasas Gathercare menyedari bahawa peristiwa itu terlalu menyakitkan untuk menimpa sesiapa sahaja, dan sesuatu harus dilakukan. Gideon terus menyusun perancangan dan bekerja untuk memperhalusi konsep selama tiga tahun sebelum platform perkongsian kos perubatan Life Engineering dilahirkan.

Satu Kelahiran

Life Engineering, yang merupakan hasil buah fikiran Gideon dan rakan-rakan yang sealiran, dilancarkan pada Mac 2017 sebagai platformperkongsian yang sebenar. Penjenamaan semula telah dilakukan pada tahun 2020 dengan mengubah nama Life Engineering kepada Gathercare. Gathercare bertujuan untuk menguatkan komuniti bagi memutuskan paradigma yang mengikat kesihatan kepada kemampuan kewangan.

Visi Kami

Semua orang harus mempunyai akses kepada rawatan perubatan yang selayaknya. Nyawa tidak sepatutnya dikorbankan hanya kerana terhalang oleh kemampuan membayar bil perubatan.
Misi Kami
Dengan sokongan dari semua Carers, kami berusaha ke arah mencapai sesuatu yang lebih besar.
  • Membentuk satu sistem perubatan bersubsidi sepenuhnya
  • Memansuhkan kepercayaan konsep Kesihatan = Kekayaan
  • Membina satu ekosistem penjagaan kesihatan yang menyeluruh
  • Menerapkat kepentingan kesihatan di dalam masyarakat melalui pendidikan tentang gaya hidup dan cara pencegahan.

Kenali Ahli Penggerak Kami

Individu profesional di Gathercare bergabung untuk memberikan pengalaman yang lancar untuk memastikan Carers kami selesa dan bebas daripada kerisauan.
Gideon Leong

Gideon Leong

Pengasas & CEO
Gideon mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman sebagai usahawan berjaya. Beliau telah mendirikan 4 syarikat secara keseluruhan dan telah menerima anugerah Top 10 Syarikat Baru Malaysia pada tahun 2016. Beliau juga telah berjaya meraih lebih daripada RM12 juta pembiayaan secara keseluruhan daripada Venture Capital dan Equity Crowdfunding.
Raymond Cheung

Raymond Cheung

Ketua Pegawai Risiko (Singapura)
Raymond mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman dalam sains aktuarial & pengurusan risiko. 2 tahun sebelumnya beliau menyandang jawatan Ketua Insurans Wilayah bagi Grab CRO AIG Asia Pasifik dan Asia Capital Reinsurance Group. Beliau juga merupakan penasihat syarikat insurtech dari Singapura, Hong Kong, Malaysia & Indonesia.
Ravinder Singh

Ravinder Singh

Reinsure & Penasihat BD
Ravinder mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam reinsurans di Swiss Re & Syarikat Hannover Re. Sebelum itu, beliau adalah Pengurus Life & Health for South & South East Asia di Hannover Re. Kini, beliau merupakan Pengarah Kewangan Berlesen yang telah ditubuhkan di Malaysia.
Dr. Kamalathan Sappani

Dr. Kamalathan Sappani

Penasihat Perubatan
Dr. Kamalathan mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam industri perubatan. Beliau mempunyai kelulusan dari JN Medical College Belgaum, Karnataka, India. Beliau adalah pengasas TPA perubatan, e-Mas.
Nicholas Yeo

Nicholas Yeo

Penasihat Aktuari
Nicholas adalah pengasas sebuah firma aktuari. Beliau adalah ahli Institut dan Fakulti Akauntan UK & US dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Profesional dan Jawatankuasa Acara Persatuan Akauntan Malaysia. Beliau mempunyai kelulusan dengan kepujian pertama dari Cass Business School.

Kata-kata CEO

Konsep Ekonomi Perkongsian

Gideon_Profile Pic

Konsep perkongsian bersama orang ramai adalah satu bentuk ekonomi baru. Sejak zaman kuno, semangat membantu satu sama lain dianggap sebagai nilai murni tanpa mengira puak.

Hari ini, Gathercare menggunakan bantuan teknologi dan model perniagaan kreatif di dalam rangkuman undang-undang, kami membentuk platform yang terbaik untuk membantu satu sama lain. Setiap Carer dalam Komuniti Gathercare telah berjanji untuk menyumbang sehingga RM50* sebulan (*berdasarkan kumpulan umur 6 tahun hingga 40 tahun) untuk membantu mereka yang memerlukan.

Setiap sen yang anda sumbangkan setiap bulan akan membantu seseorang yang sakit dan memerlukan rawatan. Dengan menyertai Gathercare, anda membantu seseorang dalam komuniti setiap bulan. Apabila anda sakit atau memerlukan rawatan, Carers lain akan membantu melangsaikan kos perubatan anda. Konsep perkongsian ini pasti akan menjadi penyelesaian bayaran kos perubatan masa hadapan.

Tiada konflik kepentingan antara pengurusan (Gathercare) dan Carers di platform Gathercare sama ada kes itu lulus ataupun ditolak. Gathercare tidak mendapat sebarang keuntungan wang daripada setiap kes yang didaftarkan. Perbelanjaan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh semua Carers di dalam Komuniti.

Oleh itu, dalam situasi di mana permohonan kemasukan hospital ditolak, bukanlah kami cuba untuk menjimatkan wang, tetapi demi keadilan dan kesaksamaan kepada semua, selepas mengambil kira semua perkara dari pelbagai sudut. Kami mesti memastikan bahawa dana Carers dilindungi daripada penyalahgunaan dan tingkah laku yang tidak sepatutnya oleh sesiapa yang cuba mengambil kesempatan ke atas platform Gathercare. Setiap terma dan syarat yang ditetapkan oleh Gathercare adalah untuk melindungi anda dan Carers yang lain.

Penubuhan Gathercare bermula dari idea untuk mengurangkan kesan kenaikan kos rawatan kesihatan mendadak yang diluar kuasa orang ramai. Kami telah membuat pengiraan bahawa selagi kami dapat mengekalkan tahap Perkongsian maksimum pada RM50 sebulan, (*berdasarkan kumpulan umur 6 tahun hingga 40 tahun)Gathercare akan dapat menampung kos rawatan kesihatan orang ramai.

Kami akan memastikan bahawa Gathercare sentiasa adil dan telus untuk berkembang dengan cepat. Semakin bertambahnya komuniti, kami akan melihat keuntungan yang diperoleh daripada yuran tahunan yang dibayar oleh Carers.

Perjalanan Gathercare

Kami berkembang hingga ke hari ini dengan kepercayaan dan keyakinan yang dibina daripada pelanggan yang gembira dan kerjasama daripada rakan-rakan kongsi.
2017 - Permulaan
Gathercare bermula sebagai Life Engineering pada tahun 2017, dan kemudiannya dijenamakan semula kepada Gathercare pada tahun 2020. Sejak penubuhannya, ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi skim insurans atau pelan kad perubatan, sebaliknya ia adalah untuk memudahkan Perkongsian Bersama bil perubatan ahli komuniti.
2017 - Cabaran Besar yang Pertama
Pada bulan Mei, hanya dua bulan selepas pelancarannya, Life Engineering telah dimasukkan ke Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM kerana pada masa itu, konsepnya dianggap terlalu radikal dan berpotensi mengancam industri perlindungan perubatan.
2018 -Keluar Dari Kemelut
Life Engineering telah menyerahkan dokumen mereka setiap bulan untuk diteliti oleh BNM. Akhirnya pada Januari 2018, Life Engineering telah dikeluarkan daripada senarai amaran apabila BNM menyedari bahawa program ini tidak melanggar sebarang garis panduan untuk produk insurans dan takaful kerana ia tidak termasuk dalam kategori tersebut.
2019 - Perkongsian Patuh Shariah
Life Engineering telah bekerjasama dengan Afsha Shariah Advisory, badan pematuhan shariah untuk mengaudit setiap aspek program mengikut garis panduan pematuhan shariah. Pada Januari, program itu telah menerima Sijil Pematuhan Shariah, dan sejak itu sentiasa diawasi untuk mengekalkan pematuhan.
2019 - Sambutan Suram
Sambutan dalam negara pada permulaanya agak perlahan. Orang awam mengambil langkah berhati-hati dengan berita yang masih berlarutan mengenai senarai amaran BNM tersebut. Pada Jun 2019, kertas cadangan Life Engineering telah dihantar kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk menilai penerimaan di luar negara.
2019 - Mencecah 1000 Carers
Pada bulan September, jumlah penyertaan Carers meningkat dari 3 digit ke 4 digit.
2019 - Marketing 2.0: Pasang Kaki
Untuk memperkembangkan komuniti, sistem ejen diperkenalkan untuk memperkenalkan Gathercare kepada orang ramai
2020 - Memberi Nafas Baharu
Pada bulan Disember, Gathercare telah dipilih sebagai nama baru untuk penjenamaan semula dari Life Engineering. Kerana banyak sebab, antaranya adalah untuk menghidupkan semula misi asas program. Pada masa yang sama, kumpulan umur yang menyertai telah diperluaskan untuk termasuk mereka yang berumur 41-45 tahun.
2021 - Keluar Negara diwaktu PKP
Setelah banyak perbincangan, dokumentasi pendapat undang-undang dan membuka kertas cadangan kepada Penguasa Kewangan Singapura, dan juga beberapa kelewatan disebabkan oleh pandemik Covid, akhirnya pada Disember 2021 Gathercare kini mempunyai pejabat cawangan di Singapura.
2022 - 5000 Carers
Pada 15 Mac 2022, Gathercare merayakan ulang tahun ke-5 dan secara kebetulan, kami juga menyambut ahli ke-5000 kami ke dalam komuniti.
2022 - Pintu terbuka
Bank Negara Malaysia telah menerbitkan dokumen perbincangan Operasi Insurans Takaful Digital. Ini adalah satu peluang untuk Gathercare untuk menyertai DITO yang akan datang, untuk berfungsi di bawah rangka kerja yang sepenuhnya dikawal selia.
Malay